Thursday, 24 March 2016

Jom kenali kami...

Assalamualaikum semua,

Pertama kalinya, kami mengucapkan Syukur Alhamdulillah kepada yang Maha Esa memberi peluang kami menyiapkan serta meneruskan pengisian idea - idea ke dalam blog ini,.. Terima kasih kepada ahli keluarga yang memahami kami untuk meneruskan langkah - langkah menyiapkan tugasan kami. Jutaan terima kasih juga kepada Puan Nor Ayu Ahmad Uzir yang telah memberi semangat serta tunjuk ajar yang banyak dalam melengkapkan tugasan blog ini. Serta tidak dilupakan semua kawan - kawan yang membantu memberi idea yang baik.Moga blog jomjalanlagi.blogspot.com ini terus diceriakan dengan tambahan - tambahan cerita yang menarik lagi di masa akan datang. 



Ahli kumpulan kami terdiri daripada Salmi Azila Mat Isa, Khairul Atiah Abdul Aziz dan Mohd Fiza Rosle ...



Penulis Blog.. 'jomjalanlagi.blogspot.com' 



Blog ini telah diterbitkan pada Februari 2016.  Ia adalah salah satu tugasan kami dalam subject 'Social Media Literacy - IMD 221' ( Fakulti Pengurusan Maklumat ) - Dari bimbingan Puan Nur Ayu Ahmad Uzir, banyak yang kami pelajari bagi melengkapkan blog ini . Di harap semua yang dipaparkan dapat menepati apa yang diperlukan. 

Terima kasih.


Monday, 14 March 2016

Advantages of using social media


1. Social ( Community )
Allow student to discuss idea, post news, ask question and share link. For example through whatsapp






2. Education
Social media tools and networking site encourage student to interact with each other, share ideas and to express their creativity.
Example, Facebook can help them to share information on education.







3. Business
Attracting customers.
Social media can be good way of attracting new customers for example, when considering social media campaigns, you could try to attract followers with promotions or giveaways. Once you have a good following you can focus on more personalized social media campaigns to encourage them to stay.
Example : Blogspot web.






4. Healthcare
More available, shared and tailored information – Patients are using Google as a means to diagnose themselves. Nowadays Google health related searches include results for over 900 medical conditions. While the data is there, sometimes it becomes harder to reach if people are unaware of how to find it. As a healthcare organization, you can not only educate the general public and your patient’s on medical conditions, but how to learn more about it. If you come across a post on social media, you can quickly correct diagnosis misalignment by directing the user to a more befitting piece of information. Even offering advice on how to use Google Scholar to search for conditions can go a long way. For example try searching “insomnia treatment” in Google, and then search for “insomnia treatment” in Google Scholar. The reliability and quality of information on the latter search is far superior to the former.




Saturday, 12 March 2016

korang kaki travel?

pernah pergi lombok?

-Fuh, lombok ini kalau korang tak pernah pergi,memang korang miss tempat yg paling superb, awesome dalam dunia. tak payah tengok jauh2, mat salih pun ramai kata Lombok ni tempat wajib korang kena pergi masa hidup ni.

-Dia punya laut , tak payah snorkeling pun takpe, korang duduk atas bot pun dah boleh nampak jelas bawah laut tu. punyalahjernih air laut tu, memang berselera betul lah korang nak berenang kan..

-tu belim kira pemandangan lagi. bila korang dah naik round lalu tepi pantai tu, baru korang nampak cantiknya panorama yang menjadi "background" Lombok ni. Sebab tu tak hairan ramai orang minat nak pergi sini terutama sekali pasangan yang baru lepas berkahwin.

-pengalaman kami berada di Lombok selama 5hari 4malam memang sangat best. kami bertolak dari KLIA2 pada pukul 3ptg dan sampai ke Lombok International Airport (LIA) pada pukul 6.30ptg. ketibaan kami disambut oleh pihak perlancongan yang kami tempah. pakej pun xmahal cuma RM450.00 dan harga tiket flight masa promotion cuma RM375.60 pergi dan balik.. Sangat berbaloi kan?? lepas tu kami ke tempat makan sebab memang dah kebulur da dari dalam flight tu. so, Guide Tour tu bawak kami makan ke Dakota Cafe. makanan jangan cakap memang superb lagi2 ikan talapia bakar, ayam taliwang bakar dan pelecing (kangkung dan sambal). lepas makan kami check in hotel di Grand Senggigi Hotel yang dekat dengan pantai. hotel cuma 3star je tapi ada kolam cukup selesa untuk kami.

-next day, kami akan dibawa ke Air Terjun Sendang Gile dan Tiu Kelep. so kami mulakan pagi dengan sarapan pagi yang sedap.


korang boleh tengok view hotel dan kolam kat belakang tu.. 

dan perjalanan kami ke air terjun tu mengambil masa 3jam sebabnya jalan di Lombok ni tak lah se"advance" jalan di Malaysia yang ada highway je. so kami kena tempuh kawasan berbukit dan kampung. view memang cantik sepanjang kami dalam perjalanan. bumi Lombok ni kaya dengan hutan, sawah padi, dan laut yang mendamaikan. walaupun mungkin kehidupan di sini tak membangun tapi mereka hidup dengan kekayaan hasil bumi yang tak ternilai. 




nah, ni antara view yang sangat cantik di air terjun tu.. masa sampai tu kami isi perut dulu sebab jam pun da nak masuk 12pm. lepas tu kami start trekking sikit ke dalam hutann menempuh beberapa batang anak sungai untuk sampai ke kawasan air terjun dalam masa 30 minit mcm tu. memang berbaloi sebab smpai2 xde apa terkeluar dari mulut dari ucapan subhanAllah, mashaAllah. sungguh cantik ciptaan Allah swt. kami ambil peluang untuk mandi dan mengambil gambar sebagai kenangan. 



day 3- kami ke Gili Meno untuk snorkeling time.. yeah,, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. kami dibawa dengan speedboat dari jeti hingga ke Gili Meno. di Lombok terkenal dengan 3 Gili (pulau kecil) yang cantik iaitu Gili Meno, Gili Trawangan dan Gili air. cuma kami tak sempat nak lawat ke Gili Air. so spot snorkeling kami di Gili Meno. 3 spotpoint untuk snorkeling dan subhanaAllah cantik-cantik terumbu karang yang masih kekal asli dan ikan-ikan yang berwarna -warni. kalau bernasib baik boleh lah tenguk penyu.. setelah selesai snorkeling, kami dibawa ke Gili Trawangan yang merupakan kawasan tumpuan pelancong barat sebab disini banyak aktiviti air yang dapat dilakukan. perjalanan bot mengambil 40minit ke Gili Trawangan dar Gili Meno. bila sampai je di Gili Trawangan, kami dibawa untuk makan tengah hari. apa yang istimewa disini, di pulau ini tidak dibernarkan menunggang motor atau kenderaan supaya keaslian pulau itu terjaga. so, mereka menyediakan basikal dan kereta kuda (cidomo) yang sewa pr25,000 untuk basikal dan rp150,000 untuk cidomo. untuk ke destinasi yang pelancong nak pergi. menarik kan? di Gili ini juga terkenal dengan ais krim Gili Gelato yang korang wajib cuba. homemade ok.. dn tempat yang wajib pergi kalau dah ke sini ialah buaian di Sunset Ombak Hotel. memang view cantik dan menarik. 




  
day4- tamat sudah aktiviti air, kami dibawa pula melawat suku kaum di Lombok di kawasan bernama Sasak. menurut kepercayaan adat Lombok, anak dara yang tidak tahu menenum tidak layak untuk berkahwin. dan adat berkahwin pula , pihak lelaki tak boleh datang merisik kepada pihak keluarga perempuan kerana bagi mereka itu akan menghina keluarga perempuan. malah mereka mejalankan budaya 'culik' dimana mereka ambil anak dara untuk beberapa hari barulah datang ke pihak perempuan dan menyatakan hasrat untuk merisik. menarik kan? dan mereka lebih mengamalkan perkahwinan sesama kaum. jika ada yang ingin berkahwin dengan orang luar, mereka harus menyembelih 2 ekor lembu sebagai hadiah. 




 gambar di kampung Sasak.
ni antara contoh baju perkahwinan adat di Lombok.
selepas itu, kami dibawa melawat kawasan terkenal Kuta Lombok yang mempunyai banyak sejarah. pemandangan yang sangat awesome tapi malangnya masa kami sampai cuaca agak mendung.



day5- hari terakhir kami di Lombok dan kami akan merindui pengalaman disini. banyak budaya yang kami pelajari di sini.macam tak percaya tapi percaya lah rasa macam sekejap je kami kat sini. walaupun penat tapi puas hati. sebelum ke lapangan terbang kami tangkap sidikit gambar kenangan di tepi laut kawasan hotel yang kami menginap selama 5hari 4 malam. ada rezeki memang nak sangat datang lagi. so korang apa lagi, next paln sila la datang sini ye.



Friday, 4 March 2016

Jom Tambah Ilmu ... Kata Orang "Cari lah ilmu walau hingga ke Negeri China..."

Assalammualaikum semua,...

Hari ini kita lari dari tajuk sikit... balik ke alam realiti sekejap ye... sebenarnya kami masih dalam proses pembelajaran... ye laaa kata orang belajar ni tak kan habis selagi nyawa dikandung badan.. 

Hari ini kami nak share ngan korang cara2 pembelajaran kami di iclass.... http://iclass.ined.uitm.edu.my/ 
tak la susah mana belajar melalui iclass ni... melalui idiscuss kami boleh berinteraksi dengan lecturer... tak kisah laaa masa mana nak kacau lecturer.... hahaaahaaa .. zaman ada whatsup niii.. whatsup jee lecturer dulu lepas tu jumpa laa di iclass...heeeee senangkan... 

Ok jom kita teruskan...


mula - mula masuk ke web http://iclass.ined.uitm.edu.my/ ... 
kemudian masukkan id pelajar


kemudian akan keluar page ni, pilih subjek mana yang kita nak masuk


ini lahh rupa page yang memaparkan apa yang kita bincangkan,.. ikut minggu... kat sini laa kita boleh dapatkan info dari lecturer.. lecturer akan bagi soalan... dan bersedialah bersengkang mata untuk siapkan.. heheheeee... mula-mula tension tapi bila dah lama lagiii double tension...hahahaa tak lahhh,. seronokkkkk..!!!


Kat sini boleh nampak lecturer kami yang comel nii bagi arahan & pendapat... tak ketinggalan juga tambahan - tambahan nota sebagai bahan rujukan..


bila lecturer tanya,.. kita kena laaa jawab... baru laaa dapat markah... kalau tidur jeeeeeee .. memang takde sapa laaa nak tolong nasib kita...


aaaaa kat sini laaa ruang kita boleh menaip apa jua yang kita nak taip... alaaaaa macam tak biasa plak..


ni pulak ruang statistik penggunaan idiscuss pelajar... banyak kita discuss banyak laaa statistiknya... 

aaa kat sini jeee kami tambahkan ilmu cari ilmu,... disamping tu kena juga laaa jumpa sembang2 bincang2 ngan lecturer di kelas 2 minggu sekali... mana boleh tak jumpa lecturer yang hensem2 yang comel2 kat sana tuuu... mengadap tetap mengadap demi ilmu yang di cari... Moga mendapat keberkatan...Aaamiinnn 

Ok.. sampai sini jee perkongsian kita... sapa yang berminat dan rasa nak cuba belajar melalui ined,.. sila laa daftar.... anda masih belum terlambat... in syaa allah kejayaan bersama kita yang berusaha...