Thursday, 4 February 2016

Bajet kecil ??? tapi masih boleh ke Pulau Perhentian, Terengganu

Assalammualaikum... 
sapa kata bajet kecil tak leh bercuti.. boleh jeee, tp berpada2 lahhh...heeee
Percutian yang mengambil masa hanya 3 hari 2 malam kali ini memang agak berbeza menadangkan percutian aku kali ini agak bajet sikit. So everything memang kena bajet lah. So untuk entry kali ini memang sesuai untuk korang yang low bajet untuk ke pulau perhentian.
Tidak bermakna dengan low bajet ni korang kena low enjoy jugak. Kadang-kadang kita akan lebih enjoy dengan bajet yang rendah berbanding bajet yang tinggi.
IMG_0008
Kampung Nelayan Pulau Perhentian
Memandangkan kali ini aku pergi dengan group tahap enjoy aku ni memang agak tinggi jugak. Macam-macam aktiviti yang sempat kami buat.
Sakarang ni sementara masih lagi fresh ingatan aku untuk setiap bajet yang aku guna di perhentian lebih elok aku kongsi terus dengan dalam blog ni.
IMG_0060
Long Beach Perhentian Kecil

Bajet ke Pulau Perhentian, Terengganu

RM300
  • Chalet
  • Feri (pergi balik)
  • Breakfast 2x
  • Lunch 2x
  • Dinner 2x
  • Pakej Snorkeling
RM15
  • Sewa Jeket dan alat snorkeling utk last day. Kot2 korang nak snorkeling kat perhentian kecil
RM20
  • Beli jajan wak makan tepi pantai
RM30
  • beli hadiah utk sesi tukar2 hadiah
Ok tu je lah bajet aku ke pulau perhentian (perhentian kecil) kali ni. Jauh lebih murah berbanding last time aku pergi di Perhentian besar sebelum ni.
Nak kongsikan sedikit perbezaan di antara perhentian besar dengan perhentian kecil.

Perhentian Besar

  • Sesuai untuk bersantai dan family.
  • Lebih tenang dan releks.
  • Pantai lebih landai sesuai untuk kanak2

Perhentian Kecil

  • More kepada party dan untuk orang-orang muda.
  • Ada banyak pub (Long beach)
  • Pantai cantik
  • Macam kat oversea. Ptg2 ramai mat saleh/minah saleh duk berjemur tepi pantai
  • Ada kincir angin. Lebih kurang 20 minit berjalan. Nice View

Chalet, Resort dan Hotel

  • Perhentian Island Resort (Perhentian Besar) RECOMMENDED FOR HIGH BUDGET
  • Coral View Island (Perhentian Besar)
  • Tuna Bay (Perhentian Besar)
  • Bubu Villa (Perhentian Kecil)
  • Bubu Long Beach (Perhentian Kecil)
  • Fatimah Chalet (Perhentian Kecil) HIGHLY NOT RECOMMENDED 
  • Amelia Chalet (Perhentian Kecil) RECOMMENDED FOR LOW BUDGET
  • Sharila Resort (Perhentian Kecil)
Ok meh kita kongsi gambar2 kegembiraan di sana..







mandi2 makan2 tetap berjalan lancar walaupun bajet kecil... In syaa allah..

Saya sudahhhh...anda bila lagiiii

3 comments:

  1. bestnyer... tunggu abis sem la kot...

    ReplyDelete
  2. mestiiii best punyeee... pengalaman baru kepada yg belum pegi ke sana....

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete