korang kaki travel?
pernah pergi lombok?
-Fuh, lombok ini kalau korang tak pernah pergi,memang korang miss tempat yg paling superb, awesome dalam dunia. tak payah tengok jauh2, mat salih pun ramai kata Lombok ni tempat wajib korang kena pergi masa hidup ni.
-Dia punya laut , tak payah snorkeling pun takpe, korang duduk atas bot pun dah boleh nampak jelas bawah laut tu. punyalahjernih air laut tu, memang berselera betul lah korang nak berenang kan..
-tu belim kira pemandangan lagi. bila korang dah naik round lalu tepi pantai tu, baru korang nampak cantiknya panorama yang menjadi "background" Lombok ni. Sebab tu tak hairan ramai orang minat nak pergi sini terutama sekali pasangan yang baru lepas berkahwin.
-pengalaman kami berada di Lombok selama 5hari 4malam memang sangat best. kami bertolak dari KLIA2 pada pukul 3ptg dan sampai ke Lombok International Airport (LIA) pada pukul 6.30ptg. ketibaan kami disambut oleh pihak perlancongan yang kami tempah. pakej pun xmahal cuma RM450.00 dan harga tiket flight masa promotion cuma RM375.60 pergi dan balik.. Sangat berbaloi kan?? lepas tu kami ke tempat makan sebab memang dah kebulur da dari dalam flight tu. so, Guide Tour tu bawak kami makan ke Dakota Cafe. makanan jangan cakap memang superb lagi2 ikan talapia bakar, ayam taliwang bakar dan pelecing (kangkung dan sambal). lepas makan kami check in hotel di Grand Senggigi Hotel yang dekat dengan pantai. hotel cuma 3star je tapi ada kolam cukup selesa untuk kami.
-next day, kami akan dibawa ke Air Terjun Sendang Gile dan Tiu Kelep. so kami mulakan pagi dengan sarapan pagi yang sedap.
dan perjalanan kami ke air terjun tu mengambil masa 3jam sebabnya jalan di Lombok ni tak lah se"advance" jalan di Malaysia yang ada highway je. so kami kena tempuh kawasan berbukit dan kampung. view memang cantik sepanjang kami dalam perjalanan. bumi Lombok ni kaya dengan hutan, sawah padi, dan laut yang mendamaikan. walaupun mungkin kehidupan di sini tak membangun tapi mereka hidup dengan kekayaan hasil bumi yang tak ternilai.
nah, ni antara view yang sangat cantik di air terjun tu.. masa sampai tu kami isi perut dulu sebab jam pun da nak masuk 12pm. lepas tu kami start trekking sikit ke dalam hutann menempuh beberapa batang anak sungai untuk sampai ke kawasan air terjun dalam masa 30 minit mcm tu. memang berbaloi sebab smpai2 xde apa terkeluar dari mulut dari ucapan subhanAllah, mashaAllah. sungguh cantik ciptaan Allah swt. kami ambil peluang untuk mandi dan mengambil gambar sebagai kenangan.
day 3- kami ke Gili Meno untuk snorkeling time.. yeah,, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. kami dibawa dengan speedboat dari jeti hingga ke Gili Meno. di Lombok terkenal dengan 3 Gili (pulau kecil) yang cantik iaitu Gili Meno, Gili Trawangan dan Gili air. cuma kami tak sempat nak lawat ke Gili Air. so spot snorkeling kami di Gili Meno. 3 spotpoint untuk snorkeling dan subhanaAllah cantik-cantik terumbu karang yang masih kekal asli dan ikan-ikan yang berwarna -warni. kalau bernasib baik boleh lah tenguk penyu.. setelah selesai snorkeling, kami dibawa ke Gili Trawangan yang merupakan kawasan tumpuan pelancong barat sebab disini banyak aktiviti air yang dapat dilakukan. perjalanan bot mengambil 40minit ke Gili Trawangan dar Gili Meno. bila sampai je di Gili Trawangan, kami dibawa untuk makan tengah hari. apa yang istimewa disini, di pulau ini tidak dibernarkan menunggang motor atau kenderaan supaya keaslian pulau itu terjaga. so, mereka menyediakan basikal dan kereta kuda (cidomo) yang sewa pr25,000 untuk basikal dan rp150,000 untuk cidomo. untuk ke destinasi yang pelancong nak pergi. menarik kan? di Gili ini juga terkenal dengan ais krim Gili Gelato yang korang wajib cuba. homemade ok.. dn tempat yang wajib pergi kalau dah ke sini ialah buaian di Sunset Ombak Hotel. memang view cantik dan menarik.
day4- tamat sudah aktiviti air, kami dibawa pula melawat suku kaum di Lombok di kawasan bernama Sasak. menurut kepercayaan adat Lombok, anak dara yang tidak tahu menenum tidak layak untuk berkahwin. dan adat berkahwin pula , pihak lelaki tak boleh datang merisik kepada pihak keluarga perempuan kerana bagi mereka itu akan menghina keluarga perempuan. malah mereka mejalankan budaya 'culik' dimana mereka ambil anak dara untuk beberapa hari barulah datang ke pihak perempuan dan menyatakan hasrat untuk merisik. menarik kan? dan mereka lebih mengamalkan perkahwinan sesama kaum. jika ada yang ingin berkahwin dengan orang luar, mereka harus menyembelih 2 ekor lembu sebagai hadiah.
ni antara contoh baju perkahwinan adat di Lombok.
selepas itu, kami dibawa melawat kawasan terkenal Kuta Lombok yang mempunyai banyak sejarah. pemandangan yang sangat awesome tapi malangnya masa kami sampai cuaca agak mendung.
day5- hari terakhir kami di Lombok dan kami akan merindui pengalaman disini. banyak budaya yang kami pelajari di sini.macam tak percaya tapi percaya lah rasa macam sekejap je kami kat sini. walaupun penat tapi puas hati. sebelum ke lapangan terbang kami tangkap sidikit gambar kenangan di tepi laut kawasan hotel yang kami menginap selama 5hari 4 malam. ada rezeki memang nak sangat datang lagi. so korang apa lagi, next paln sila la datang sini ye.
No comments:
Post a Comment