Bagi sesiapa yang selalu bercuti ke Port Dickson , mesti ada yang tak perasan dengan tempat ni kan , Bukit Batu Putih. Sesuai sebagai tempat riadah, Bukit Batu Putih menyediakan permandangan yang sangat menenangkan dan menakjubkan dimana kita boleh lihat keindahan laut yang mungkin ada yang tak percaya yang ini adalah di Port Dickson. Serius cantik cuma nak sampai ke puncak kena mendaki bukit dalam masa 30 minit . Perjalan ke sana tak susah, cuma ikut aje signboard ke Rumah Persekutuan Port Dickson. Lepas dari Rumah Persekutuan tu, ikut aje signboard ke Ilham Resort. Bukit Batu Putih ini terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, di mana pintu masuknya betul-betul sebelah Ilham Resort tu. Bayaran masuk adalah RM1/person .
ni adalah entrance untuk masuk dan memulakan aktiviti pendakian.Laluan utama masuk hutan ni jalan tar. So mudahlah nak mendaki pada awalnya. Jalan tar ni sampai dekat rumah api tanjung tuan ni. Siapa nak ke rumah api memang mudah ikut jalan tar ni, makcik pakai baju kurung pun mampu naik atas tau. Jangan sampai atas pengsan susah le.
tada... da sampai ke rumah api tanjung tuan. Nampak tak kat belakang tu rumah api dia warna putih. tapi sayangnya kami xsempat nak tagkap gambar dekat dengan rumah api tu..Sebelum sampai ke rumah api tu ada beberapa laluan susur masuk dalam hutan untuk aktiviti mendaki bukit ni. Kamiorang ni dahlah first time datang sini. So tak berapa tahu selok belok jalan cuma refer pada info kawan² yang dah pernah datang sini. Kamiorang masuk laluan last sekali sebelum sampai rumah api, so takdelah tinggi sangat nak mendaki nanti.Laluan memang dah ada, kalau ikut laluan yang dah sedia ada inshaAllah tak kan sesat. Laluan yang agak mencabar jugak sebab masa lalu jalan tar tu dah memang semput sebab mendaki kan. Inikan pulak jalan berbukit kejap naik kejap turun, kejap mendatar kejap curam. Ada juga disediakan tali untuk memudahkan perjalanan pendakian. Cuma bila nak naik atas puncak bukit batu putih ni kena mendaki batu pulak, curam dan mencabar betul. Nasib baik sikit je kena daki itupun gigil kaki nak oiii... Kurang dari sejam dah sampai puncak bukit.
subhanaAllah, cantik sangat permandangan kat puncak..
Alhamdulillah..kamiorang selamat sampai ke puncak Bukit Batu Putih Tanjung Tuan ni. Hilang penat dan sakit kaki bila sampai atas ni melihat keindahan Laut biru yang sangat cantik.. Nampak kejernihan air laut dari atas ni
No comments:
Post a Comment