Saturday, 20 February 2016

MENINJAU PEMANDANGAN INDAH DI KUALA LUMPUR DARI KAWASAN (HELI PAD).. MEMANG MENAKJUBKAN.


Bagi sesiapa yang menginginkan kelainan dan tidak tahu tempat yang menarik untuk dikunjungi di Kuala Lumpur, saya cadangkan kita melawat ke tempat ini. mungkin menarik bagi sesiapa yang ingin melihat keindahan bandaraya Kuala Lumpur dari arah atas, di Heli Pad @ Heli Lounge Bar pasti memenuhi citarasa korang.

percubaan pertama yang tidak mengecewakan bagi saya dan juga pengalaman yang baru, salah satu aktiviti yang santai bersama keluarga dan rakan, kita cuma boleh dapatkan segelas air jus sebagai tiket untuk dibawa ke atas kawasan Helipad dan bersantai di atas bangunan setinggi 34 tingkat.

Permandangan yang indah jika dilihat dari aras atas, bisa mehilangkan kepenatan dan kesesakan yang sentiasa membelenggu setiap hari yang perlu ditempuh. blog kali ini bukanlah nak menceritakan percutian yang hebat, cukup sekadar untuk menghilangkan tekanan seketika yang kita boleh perolehi di dalam kawasan bandaraya yang pesat membangun.



permandangan pada waktu malam



permandangan dari atas, sangat cantik dengan permandangan bangunan-bangunan pencakar langit pelbagai rekabentuk dan struktur

ni pulak permandangan dari dalam restoren Heli Lounge Bar. Korang boleh pilih tempat yang memang menghadap bangunan. Tapi jangan gayat bila tengok bawah ye.
kalau ada yang nak menikmati permandangan bunga api yang cantik, memang tempat ni yang paling sesuai la.
tetamu jugak akan dihiburkan dengan nyanyian band-band underground atau popular.
haa.. di sertakan peta ringkas bagi sesiapa yang teringin menikmati permandangan dari atas helipad. moh pakat ramai-ramai k

No comments:

Post a Comment